Sunday, 21 May 2017

Filled Under:

SETELAH beberapa bulan BERKHAWIN Dengan Bangla, Lihat Apa Yang TERJADI Kepada Wanita Melayu Ini Amat MEMILUKAN!!

SETELAH beberapa bulan  BERKHAWIN Dengan Bangla, Lihat Apa Yang TERJADI Kepada Wanita Melayu Ini Amat MEMILUKAN!!



PERKHAWINAN merupakan sunnah Rasulullah SAW dan digalakkan di dalam Islam untuk
memperoleh anak atau keturunan serta menjaga diri daripada melakukan perkara haram seperti
berzina dan sebagainya.

Perkahwinan campur melibatkan penyatuan dua insan daripada golongan berbeza sama ada
berlainan agama atau kaum, mahupun kewarganegaraan.
Perkahwinan campur bukan lagi perkara asing di Malaysia. Perkahwinan antara Melayu dan
Cina telah berlaku sejak zaman Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li Po lagi, iaitu pada kurun
ke­15.

Hang Li Po datang ke Tanah Melayu bersama Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam juga
berserta 500 pengiring perempuan. Pengiring­pengiring puteri Hang Li Po yang ketika itu
menetap di Bukit Cina akhirnya berkahwin dengan orang tempatan dan menghasilkan
keturunan baba dan nyonya.

Satu daripada hikmah kahwin campur adalah mewujudkan dan merapatkan hubungan
silaturahim antara kaum atau bangsa yang berlainan.
Kahwin campur dapat meningkatkan keharmonian antara kaum kerana generasi yang lahir
daripada perkahwinan campur kebiasaannya berfikiran terbuka terhadap budaya lain serta tidak
bersikap perkauman.

Selain itu, pasangan dan ahli keluarga yang terlibat juga akan mempelajari dan memahami adat
dan tradisi kaum lain. Maka, mereka akan lebih hormat­menghormati antara satu sama lain.
Firman ALLAH bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal­kenalan. Sesungguhnya semulia­mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang
yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha
mendalam pengetahuan­Nya”. (Surah Al­Hujurat: 13)
Perkahwinan campur juga telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Baginda menggalakkan
kalangan sahabat berkahwin dengan pasangan yang jauh atau tidak mempunyai hubungan
kekeluargaan. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Safiyah, wanita keturunan
Yahudi dan Mariah, keturunan Qibti.
Di samping dapat menghasilkan baka yang lebih baik atau unggul, anak hasil perkahwinan
campur juga selalunya cantik dan comel belaka.
Ini disebabkan percampuran gen di antara ibu dan ayah yang berlainan kaum atau bangsa
menghasilkan gen yang lebih baik bakanya.

Menurut laporan wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana, dalam rencana beliau baru­baru ini,
wanita Kelantan cantik­cantik belaka dan yang paling cantik daripada sekalian yang cantik itu
adalah wanita Pasir Mas. Jajahan Pasir Mas begitu masyhur dengan kecantikan wanitanya. Ini
disokong oleh tokoh budayawan yang berasal dari Kelantan, Dr Lim Swee Tin.
Menurut Dr Lim, Pasir Mas pada zaman silam adalah pusat ekonomi terkemuka. Ramai
pedagang datang dari Pakistan, India, Tanah Arab, China dan Thailand dan akhirnya menetap di
situ.
Justeru, banyak berlaku perkahwinan campur yang melahirkan keturunan berdarah kacukan
yang mempunyai rupa paras yang unik dan cantik.
Antaranya ialah artis yang terkenal dengan kecantikan rupa parasnya, Noor Neelofa, generasi
keempat kacukan pedagang Arab, Syed Mahmood, yang berhijrah ke Pasir Mas pada 1917.
Neelofa merupakan kacukan Arab, Pakistan dan Melayu, yang juga dikenali sebagai keturunan
“Tok Syeikh” di Kelantan.
Cantuman dua genetik berbeza kebiasaannya melahirkan anak yang bijak dan mempunyai fizikal
yang lebih baik.
Sebagai contoh, Datuk Nicol David, ratu skuasy negara, merupakan anak kepada Ann Marie yang
berketurunan Cina dan Desmond David yang berketurunan India.
Di samping menjadi juara skuasy dunia buat sekian lama, beliau telah mendapat 7A untuk PMR
dan juga 7A untuk peperiksaan SPM.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula merupakan keturunan campuran
baka Melayu dan India. Umum maklum kebijaksanaan beliau dalam menerajui pemerintahan
Malaysia selama 22 tahun.

Sebenarnya, banyak lagi contoh yang menunjukkan perkahwinan dengan keluarga jauh
membawa kepada kelebihan mental, fizikal dan kecerdasan terutama jika usaha untuk
mendapatkan dan seterusnya membesarkan zuriat itu dilakukan mengikut adab­adab yang telah
digariskan di dalam Islam.

Oleh itu, kahwin campur harus dipromosikan bukan sahaja untuk kelebihan genetik, dengan izin
ALLAH SWT, tetapi juga demi perpaduan kaum.

sumber: http://pisanggolek.blogspot.my/2017/05/akibat-berkhawin-dengan-bangla-lihat.html?m=1




0 comments:

Post a Comment