Wednesday, 17 May 2017

Filled Under:

Depan Keluarga Suami Alim Gila. Satu Malam Tiba² Suami Kunci Pintu Bilik, Bila Aku Buka Apa Yang Aku Tengok MENYEDIHKAN ,apa patut saya buat?!!!

Depan Keluarga Suami Alim Gila. Satu Malam Tiba² Suami Kunci Pintu Bilik, Bila Aku Buka Apa Yang Aku Tengok MENYEDIHKAN ,apa patut saya buat?!!!



Saya dah tersalah pilih suami. Saya ingat saya
kahwin kali kedua ini, saya akan dapat suami yang
baik sebab dia sayangkan anak-anak saya. Saya
terima dia sebab dia betul-betul sayangkan anak
saya sampai anak saya tak boleh berpisah dengan
dia.


Rupa-rupanya apa yang saya impikan semuanya
musnah. Dia menjadi suami yang jahat dan kejam.
Dia pukul saya dan pukul anak-anak saya. Dia benci
anak saya dan kata,
“Itu bukan darah daging aku!”
Kehidupan saya seperti dalam neraka. Hari-hari
kami bergaduh. Dia tidak pernah solat. Bila saya
ajak dia solat, dia langsung tak mahu. Sekarang,
saya ambil keputusan untuk bercerai. Saya dah tak
nak tengok muka jantan berpura-pura ini lagi.
Nasihat saya kepada ibu-ibu tunggal, jangan
percayakan lelaki yang baik di depan, ruap-rupanya
ada udang di sebalik batu. Kejadian ini
membuatkan saya serik untuk berkahwin lagi.
Patutlah Rita Rudaini tak nak kahwin sebab takut
anak-anak dia terseksa.
Zaman sekarang susah nak jumpa lelaki yang
sayang anak-anak kita. Tengok macam saya, sudah
terkena sebelum kahwin. Bukan main tunjuk sayang
pada anak-anak saya. Selepas kahwin, buat anak
saya macam sampah.
Anak saya demam ke, sakit ke, dia buat bodoh
sahaja. Yang lagi zalim, semasa saya demam kuat.
Saya tak sedar sebab baru makan ubat. Bila terjaga
dari tidur, saya tengok anak saya dalam keadaan


yang menyedihkan dengan memegang botol susu
yang basi di depan pintu. Berak penuh di pampers,
rupa-rupanya satu malam anak saya duduk di
depan pintu bilik. Dia nak ketuk pintu bilik tetapi
takut.
Sebelum ini saya tidak pernah kunci pintu bilik.
Saya tahu anak saya mesti kejutkan saya. Ruparupanya
malam itu saya tidur, suami saya sanggup
kunci pintu sebab tak nak buatkan anak saya susu.
Kalau dia benci pun, kejutkanlah saya pada malam
itu. Meraung saya tengok keadaan anak saya.
Saya sudah nekad, saya perlu tinggalkan jantan tak
guna ini dari hidup anak saya terseksa. Sudahlah
dengan duit nafkah pun kedekut, duit saya saja
yang dia nampak. Kaki kikis duit.
Ya Allah, cukuplah kali terakhir ini saya terseksa.
Selepas ini saya nak habiskan masa bersama
dengan anak-anak saya. Saya tak perlukan lelaki
yang kejam seperti ini dalam hidup saya. via LIDAH
SUARA and KRT




0 comments:

Post a Comment