SEDIH: Gara-gara Hantar Emoji Monyet Di Hari Guru. Seorang Ustazah Bakal Dikenakan Hukuman KEJAM Yang Tidak Disangka..
Aku seorang guru. Title aku guru tambahan aja. Aku
ada sijil STAM juga Tauliah bidang Quran dan
Tajwid.
Akhirnya dapat jadi guru tambahan pun jadilah. Aku
time ni tengah pregnant 6 bulan. Rasa syukur di
hati sebab tempat kerja pun tak jauh mana. Awal2
cik asben tolong hantar lepas tu dia dapat kerja dah
tak boleh hantar, jadi aku buat keputusan nak
berbasikal ja gi tempat kerja. Basikal pun baru beli.
Aku kerja seminggu 3 hari ja. Nama pun KAFA. Gaji
Guru tambahan ni dalam 450 sebulan. Tu pun tok
imam masjid yang bayarkan. Penat tu penat jugak
sebab bawa budak dalam perut kan.. Sikit-sikit nak
berpeluh, tapi anggap hal kecil ja lah walaupun tak
selesa waktu tu.
Nak jadikan cerita.. Sehari ada 2 kelas. Kelas pagi
untuk guru pagi kelas petang untuk guru petang.
Sekarang ni kan budak-budak pun ada shift masuk
kelas pagi belajar kafa bila petang belajar dekat
sekolah pula. Jadi, aku ajar kelas pagi budak pun
dah besar umur 9 tahun.
Semua budak dalam kelas seronok ja belajar
dengan aku. Katanya tak garang macam ustazah
lain. Tapi bila diaorg tak tumpu pelajaran datanglah
garang tu. Tapi still okay, cara aku ajar tak sama
dengan guru lain. Itu kata mereka lah.
Konflik guru pagi dan petang ni ada ja.. Hari2 ada
mulut tak puas hati. Sebelum ni ustazah2 lain
hentam ketua guru . Macam2 benda diaorang tak
puas hati. Konon ketua guru cat kelas tak lawa la,
tak berbincang dulu sebelum buat sesuatu, dan
macam2 lagi tak kena sampai ketua guru tu letak
jawatan kutt. Aku pun tak tahu sapa yang betul. Jadi
aku tanya guru lain. Sebenarnya dua2 salah.
Okay biarkan. Lepas ketua guru tu letak jawatan,
aku pulak diaorang nak bahan. Konon buat group
wassup boleh bincang dan tanya soalan kalau tak
faham. 1 hari tu time diaorang kecam ketua guru tu
dulu, aku rajin backup. Aku tak suka gaduh2 kutuk2
sindir2 sesama sendiri ni. Sejak tu aku pulak jadi
mangsa.
Kutipan sumbangan murid2 tiap2 bulan sorang
RM10 ada jugak yang prihatin bagi RM20. Duit tu
Patutnya untuk buat aktiviti murid2 or beli hadiah
untuk murid2, boleh juga buat sambutan di KAFA .
Tapi semua duit guru kelas petang nak simpan.
Bayangkanlah, Hari Guru sepatutnya disambut
dengan gembira. Tapi yang kelas petang ni guna
duit buat sambutan untuk kelas petang sahaja.
Sapa tak marah? Mana adilnya bila buat macam tu.
Tak dijemputnya aku. Tapi bila ada guru bagitau
tentang sambutan tu konon nya ajak aku sekali tapi
guru pagi yang sampaikan. Tu pun guru2 pagi tak
hadir atas sebab tertentu dan untuk elak sakit hati
masing2.
Bila aku tanya group wassup ada ka sambutan tu,
tema hijau katanya aku pulak mana ada baju hijau.
Aku tanya elok ja. Tak da sorang pun balas. Baginya
bluetick saja. Aku rasa better tak perlu pergi. Lepas
habis program diaorang tu.. Siap letak gambar
selfie sakan. Ya, aku sorang ja guru kelas pagi yang
masih dalam group tu. Yang lain dh keluar sendiri.
Gara-gara aku sakit hati, aku hantar emoji monyet
🐒 macam ni punya comel, aku dapat chat dari
bekas ketua guru katanya guru petang nak ambil
tindakan yg mana aku boleh dihentikan kerja. Tak
masuk lagi kalau org yg maki hamun tu agak2
hukuman apa ya?
Unexpected! . Sapa diaorang nak ambik tindakan
yang tak masuk akal tu? Aku pun boleh pergi
pejabat agama buat tindakan juga.
Aku doa pada Allah ja. Moga ada rezeki yg lebih baik
dari-Nya.
#sekadarluahan
SUMBER: http://sembangkencang.org/gara-gara-hantar-emoji-monyet-di-hari-guru-seorang-ustazah-bakal-dikenakan-hukuman-yang-tidak-disangka/
0 comments:
Post a Comment