Perempuan Tidak Perlu Wali Untuk Berkahwin- ulas Zainab
RAKYAT Malaysia mempertikaikan wakil “ulama Perempuan” dari Malaysia ke Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI)
yang berlangsung barubaru ini di kota Cirebon, Indonesia. Kongres tersebut mengumpulkan lebih 252 wakil negaranegara dan
para ‘ulama perempuan’ antarabangsa.
Program menjemput Zainah binti Anwar sebagai wakil Ulama Perempuan Malaysia. Berucap pada hari pertama pembentangan,
Zainah Anwar menekankan peranan wanita di dalam Islam.
Layak kah beliau menjadi wakil ulama perempuan dari Malaysia dengan penampilan yang tidak menepati seorang ulama? Oleh
itu atas tujuan apa program tersebut menjemput beliau? Adakah untuk memperbodohkan umat Islam?
Beliau menyentuh tentang praktis dikebanyakan negara Islam lain yang tidak memerlukan keizinan wali untuk membolehkan
manamana wanita untuk bernikah.
Cadangan beliau ini konsisten dengan cadangan yang pernah ditulis beliau dan dikemukakan di dalam laporan kedua dari NGO
di Malaysia mengenai Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).
“Kami ingin membangun kepercayaan perempuan bahwa dalam Islam tidak ada diskriminasi, justru menjunjung tinggi peran
perempuan.
Karena itu kami juga mendorong penerapan CEDAW (Convention on Elimination of All Forms of Discrimation Againts Women –
Konvensi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Perempuan) di beberapa negara yang masih memegang hukum
syariah,” katanya sebagaimana yang dilaporkan di dalam laman web Kongres Ulama Perempuan Indonesia. CEDAW atau
Convention on Elimination of All Forms of Discrimation Againts Women sepertimana yang disebutkan oleh Zainah Anwar,
menuntut komitmen negaranegara yang terlibat untuk memberi perhatian kepada perkaraperkara berkenaan hak asasi wanita
Perempuan Tidak Perlu Wali Untuk Berkahwin- Zainab
dan membuang semua bentuk perkara yang dilihat sebagai amalan yang mendiskriminasi wanita di setiap negara.
Zainah Anwar turut pernah terlibat di dalam penghasilan Laporan Alternatif Pertubuhanpertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi
terhadap Wanita (CEDAW).
(1) Laporan dicetak melalui sumbangan kewangan Suruhanjaya Tinggi Kanada di Kuala Lumpur antara lain, menekankan
kepada perubahanperubahan melalui tuntutan seperti menuntut supaya manamana undangundang yang bersifat anakronistik
seperti Seksyen 498 , kesalahan “melarikan isteri orang”, dipinda.
Laporan alternatif itu turut menuntut supaya keizinan wali bagi manamana wanita yang ingin bernikah dipinda. Seorang wanita
seharusnya tidak memerlukan kebenaran dari seorang wali bagi memasuki alam perkahwinan.
Seksyen 13 bagi undangundang keluarga Islam perlu dipinda menurut cadangan Laporan Alternatif tersebut. Begitu juga
dengan hak golongan transgender dan pengamal LGBT, yang dikatakan didiskriminasi melalui undangundang sivil dan syariah
yang sedia ada.
Hak golongan ini turut dilaporkan sebagai ditindas oleh keputusankeputusan fatwa di dalam negara.
Laporan turut menyatakan Fatwa kebangsaan mendiskriminasi wanita. Menurut Laporan Alternatif tersebut, buat masa ini,
kekuasaan wanita ke atas tubuh badan mereka sedang “diancam” oleh fatwafatwa tertentu yang mempunyai unsurunsur
kawalan yang tidak munasabah.
Fatwa mengenai amalan berkhatan di kalangan wanita Fatwa yang dikeluarkan sekitar 2123 April 2009 telah dilihat bercanggah
dengan Artikel 5(a) CEDAW.
Fatwa mengharamkan pembedahan tukar jantina Wanita dan lelaki transgender di negara ini sehingga golongan ini terpaksa
berhadapan dengan pelbagai bentuk diskriminasi turut disebut sebagai perkara yang bercanggah dengan CEDAW.
Kongres yang mengumpulkan para ulama perempuan dari seluruh dunia, turut dihadiri beberapa wakil dari Malaysia.
Nama wakil Malaysia yang tersenarai di dalam daftar hadir adalah Norhayati Kaprawi, Prof Madya Dr Nur Izura Udzir, Azareena
Abdul Aziz dan Rozana Mohd Isa dari SIS Forum Malaysia, Azka Annisa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
Mohammad Afiq Bin Mohamad Nor (Afiq M Noor), Nor ‘Ashikin binti Mat Said dari Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah
Malaysia, Prof Datin Raihanah binti Hj Abdullah dari Universiti Malaya, Qisti Robhati dari Universiti Malaya, Siti Nur Sakinah
Binti Ahmad Budiman dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fatin Nur Majdina Binti Nordin, Hazlina Abd Razak.
Juga turut kelihatan hadir ialah Zuriani Zonneveld, composer wanita yang pernah menerbitkan album artisartis terkenal
Malaysia seperti Ziana Zain, Aisyah, Fauziah Latif dan ramai lagi.
Zuriani Zonneveld yang dikenali juga sebagai Ani Zonneveld merupakan Presiden Muslim For Progressive Values (MPV) yang
berpusat di Amerika.
Nampaknya Zainab Anwar ini dijemput untuk merosakan Islam
sumber; http://www.otaibersih.net/2017/05/perempuan-tidak-perlu-wali-untuk.html
0 comments:
Post a Comment