Thursday, 18 May 2017

Filled Under:

Akhirnya: Polis buka kertas siasatan kes Mat Over, David Teo

Akhirnya: Polis buka kertas siasatan kes Mat Over, David Teo





PUTRAJAYA: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya membuka kertas siasatan selepas menerima dua laporan berhubung kekecohan ketika 'Sesi Dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni' di Seri Perdana semalam. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata dua laporan polis itu diterima dari pihaknya sendiri dan orang awam yang tidak puas hati selepas melihat video yang viral di media sosial sejak malam tadi. Katanya, bagi pihaknya, laporan itu dibuat selepas mendapati insiden berkenaan menjadi viral dan adalah tanggungjawab pihak berkuasa untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan. "Esok kita akan hantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, kemudian selepas menerima arahan untuk menyiasat barulah kita akan mengambil keterangan dua individu terbabit bersama saksi kejadian. "Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut, orang awam pula tidak perlu viral mengenai insiden ini kerana polis sedang jalankan siasatan. "Bagi peluang kepada pihak polis jalankan siasatan, kami akan buat secara serius dan segera," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di IPD Putrajaya, di sini hari ini. Kekecohan itu membabitkan pelawak Sulaiman Yassin, menampar penerbit filem, David Teo, di depan Datuk Seri Najib Razak, tetapi berakhir dengan baik apabila kedua-dua penggiat seni tanah air itu berdamai. Sulaiman, yang lebih dikenali sebagai Mat Over, dan David bersalaman serta berpelukan sambil disaksikan Perdana Menteri dan moderator sesi dialog itu, Datuk Rosyam Nor. Rosly berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika bersabit kesalahan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/283948




0 comments:

Post a Comment