SUBHANALLAH. Nenek Bayar Bil Elektrik Masjid. Bila Tanya, Jawapannya Sgt MENGHARUKAN !!!
SUBHANALLAH. Nenek Bayar Bil Elektrik Masjid. Bila Tanya, Jawapannya Sgt MENGHARUKAN !!! | Ketika beratur di pejabat pos kerana nak beli setem, di hadapan saya seorang wanita yang dah sebayanya 60-an. Bila tiba gilirannya dia menghulur bil letrik untuk dibayar. Kerani pejabat pos itu bertanya,”Makcik bayar bil elektrik masjid?” Wanita itu lantas menjawab,”Ya, saya berpakat dengan anak-anak untuk bayar bil letrik masjid kampung saya. Duit yang depa nak bagi kat saya tiap bulan, saya buat bekal di akhiratlah.”
Sekadar Gambar Hiasan : Google Images
Subhanallah!
Saya lihat wanita puas dengan jawapannya, kerani itu pula mengangguk kepala. Lihatlah betapa ada orang beringat dan bersedia untuk berbuat kebajikan hingga sedemikian. Di usia senja ini, sudah tidak perlu mengumpul harta dunia utk ditimbun, tetapi kumpul dan timbunkanlah harta akhirat.
Jika anda seorang ibu atau bapa,contohilah wanita ini yang menggembleng anak-anak untuk bersama membuat kebajikan, dalam contoh ini membayar bil elektrik, air, rumah Allah, mungkin juga jika tidak mampu membayar bil elektrik atau air di surau. Bukan itu sahaja, berbagai kerja kebajikan boleh digabung bersama anak-anak seperti bersedekah jariah, membiayai anak yatim, membeli sesuatu keperluan masjid atau surau dan sebagainya.
Jika anda seorang anak yang bekerja, berilah sedikit pembiayaan kepada orang tua anda untuk mereka berbuat kebajikan, buat bekal ke akhirat. Ajak mereka gunakan sumbangan untuk berbuat kebajikan, bukan untuk disimpan. Mungkin waktu muda dulu dia tidak berkesempatan kerana pendapatan habis diguna membiayai pengajian kita, belanja hidup kita, maka kongsikanlah sedikit pendapatan kita dengan ibu bapa untuk mereka berbuat kebajikan. Apa salah ajak ibubapa bayar bil masjid, surau, ajak bersedekah barang makanan, menyumbang kepada sekolah agama dan lain-lain maksud menyedia bekal untuk ibubapa kita di akhirat seperti yang disebut oleh wanita itu dalam cerita saya di atas.
Saya pernah juga melihat ada keluarga yang membawa ibu bapa dan cucu membuat kerja pembersihan masjid sebagai riadah hujung minggu, mungkin lebih baik daripada saja-saja berjogging nak buang tenaga, lemak pusing taman. Mungkin lebih baik daripada menunggu berjam-jam ikan meragut umpan dalam panas terik, hanya untuk merasa suspen ikan memakan umpan. Mungkin lebih baik daripada menghabiskan masa di pusat membeli-belah.
Jika kita selalu berpakat dengan ibu, bapa, adik, abang, untuk pergi makan kenduri, melancong, berkelah, berziarah, maka hari ini saya nak sarankan jom kita berpakat adik-beradik emak ayah untuk berpakat buat kerja kebajikan. Jika Sultan Brunai boleh bayar bil letrik Masjidil Haram, kita yang kerdil ini boleh bayar bil elektrik atau air masjid kampung kita, atau kampung di pedalaman atau sebuah surau pun jadilah kerana pada sisi Allah bukan banyak atau sedikit, tetapi dibuat dengan penuh ikhlas dan atas dasar keimanan.
Sumber: KakiShare

0 comments:
Post a Comment