Gadis Penjaga Tol Kongsi Lima Tabiat Orang Ramai Yang Membuatnya Meluat. No. 5 Paling Tak Boleh Blah!
Kuala Lumpur – Seorang wanita yang hanya mahu di kenali sebagai Mira berusia 24 telah berkongsikan perkara menyakitkan hati yang sering di alaminya ketika bekerja di salah sebuah plaza tol yang terdapat di Selatan kuala Lumpur.
Mira memberitahu bahawa dahulu tugas sehariannya adalah mengutip duit tunai orang ramai yang membayarnya tetapi kini tugasnya telah beralih kepada menjaga kaunter tambah nilai Touch n Go.
Namun begitu walaupun tugas yang berbeza tetapi tabiat masyarakat ketika menggunakan lebuh raya adalah tetap sama.
Ada sahaja ragam masyarakat kita hari ini, ada yang baik dan ada juga yang teruk tetapi itu biasalah dah lumrah manusia tidak ada yang sempurna.
Di sini saya ingin berkongsikan lima tabiat masyarakat yang sering menyakitkan hati petugas-petugas tol termasuklah saya sendiri.
Berikut merupakan lima tabiat tersebut :
1. Lelaki selalu ganggu saya

Mentang-mentanglah saya ini perempuan seronok betul dia orang nak kacau-kacau saya tapi kalau sekadar kacau biasa-biasa saja tak apa saya cuma abaikan sahaja. Tapi ada yang sampai melampaui batas apabila pegang tangan saya tak nak lepas-lepas, apa kau ingat aku ini isteri kau ke nak main pegang-pegang? Saya tak marah kalau setakat nak tanya dah ada teman lelaki atau suami ke tetapi kalau dah gatal sangat nak pegang tangan orang memang tak guna punya jantan. Dia tak tahu ke
yang dekat setiap plaza tol ini ada CCTV dan jangan sampaikan kami viralkan bukti kegatalan anda kepada umum.
2. Baru nak bincang berapa nak topup
Yang nombor dua ini memang dah selalu sangat dah dan inilah salah satu punca berlakunya kesesakkan di plaza tol apabila barisan dah panjang dekat belakang itu tetapi bila sampai giliran dia barulah nak sibuk-sibuk bincang berapa nak topup. Janganlah pentingkan diri sendiri saja, fikirlah sama orang yang tengah berbaris di belakang dan tak salah pun kalau putuskan berapa nak topup awal-awal semasa beratur.
3. Tak reti perlahankan radio
Nak dengar muzik itu tak salah tetapi dengan muzik yang dung-dang-dung-dang anda ingat kami ini boleh dengar ke suara anda yang nak topup berapa itu? Kalau boleh tolonglah perlahankan sikit radio kereta anda itu sebab kalau kami salah reload nanti tahu pula kau orang nak melantun marah tak tentu pasal.
4. Tak reti adjust kereta
Saya sebagai wanita ini memang mengaku bahawa ini memang satu masalah pada kami dan saya mengaku benda ini selalunya terjadi pada kaum wanita. Dah tahu badan itu kecil tapi berhentikan kereta jauh dari kaunter sehinggakan kami pula yang terpaksa hulurkan badan keluar semata-mata nak sambut duit kau orang kan itu menyusahkan namanya. Kalau nak kau orang boleh sahaja dekatkan kereta perlahan-lahan dekat kaunter cuma awasi jarak side mirror Insyaallah semuanya baik-baik sahaja.

5. Komplen pasal kena bayar tol dekat kami
Ini yang paling tak boleh blah aku asakan. Benda ini dah selalu kami kena, sambil nak reload sambil itu jugalah dia orang duduk membebel hal kerajaan itulah, inilah, tol itu inilah, dan cakap semua ini kapitalislah. Untuk pengetahuan tuan-tuan serta puan-puan kami ini hanyalah petugas tol yang diamanahkan untuk menjaga kaunter tol dan bukanya kaunter untuk semua orang meluahkan ketidakpuasan hati kau orang semua.
Itulah kelima-lima perkara yang selalu membuatkan saya menyampah rasa nak melayan tetapi saya bersyukur sebab majoriti pengguna tol kita ini kebanyakkannya adalah berbudi bahasa dan bertata susila cuma segelintirnya sahaja yang menyakitkan hati. Cuma apa yang saya ingin sampaikan bila kena lima perkara ini memang saya rasa macam nak saja jatuhkan palang tol itu dekat atas cermin kereta dia.
Kredit: KamiViral
(Gambar-gambar penjaga tol sekadar hiasan,tiada kena mengena dengan Gadis bernama Mira tersebut)

0 comments:
Post a Comment