Sofiya Magerko, 16 tahun yang berasal dari sebuah pekan kecil di Ukraine merupakan seorang remaja yang sangat terkenal khususnya di media sosial.
Di Izyum, Sofiya sering menyertai pertandingan kecantikan dan bergiat aktif di dalam media sosial seperti mana-mana remaja lain. Di Instagram sahaja, Sofiya mempunyai lebih daripada 3,000 jumlah pengikut.
Sofiya sering meluangkan masanya bersama rakan baik, Daria Medvedeva. Pada petang kejadian, kedua-dua sahabat ini telah bercadang untuk keluar dan berhibur. Daria telah mengambil Sofiya dengan menaiki keretanya sebelum peristiwa ini bertukar menjadi peristiwa berdarah di pekan Izyum.
Semasa sedang berseronok, mereka sering mengambil swafoto dan memuatnaiknya di media sosial.
Selepas beberapa jam, Sofiya kemudiannya memutuskan untuk merekodkan aktiviti mereka berparti. Semasa dalam perjalanan untuk menuju ke kelab, Sofiya telah memulakan siaran langsung menerusi Instagram.
Mereka kelihatan begitu berseronok mendengar muzik, meminum minuman keras, melambai pada kamera, menari dan bergelak ketawa.
Walaupun sedar kesemua perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya, mereka mungkin merasakan tiada kejadian buruk yang akan menimpa mereka.
Kredit: YouTube
Rakaman secara langsung itu berlarutan sehingga tiba-tiba, para pengikut yang menonton siaran tersebut terkejut setelah mendengar satu bunyi dentuman yang kuat diiringi dengan kesunyian yang mengerikan.
Mereka telah mengalami kemalangan apabila Daria hilang kawalan sekali gus merempuh lampu jalan pada malam tersebut.
Beberapa detik kemudian, dua lelaki tiba di lokasi kemalangan dan segera menghubungi pihak polis serta ambulans. Akan tetapi, ianya sudah terlambat.
Sofiya mati di tempat kejadian manakala Daria pula yang mengalami kecederaan teruk meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Lebih menyeramkan, kesemua insiden ini terus direkodkan oleh kamera tersebut.
Video di bawah menunjukkan detik pengakhiran riwayat dua gadis tersebut. Amaran kepada anda, video tersebut mungkin mengandungi imej yang tidak sesuai ditontoni.
Sebagai pengajaran, kita haruslah sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Selain memandu dalam keadaan mabuk, memandu secara laju dan tidak berhemah serta tidak memakai tali pinggang keselamatan juga boleh mendatangkan bahaya.
Ramai yang beranggapan perkara sebegitu tidak akan terjadi kepada mereka. Tetapi adakah anda mahu perkara ini berlaku baru anda mahu menyesal seumur hidup? Renung-renungkan…
Sumber: Hefty
0 comments:
Post a Comment