Sunday, 9 July 2017

Filled Under:

Pemuda Berwajah Anime Langsung Tidak Wujud - Wanita Ini Bongkarkan Penipuan Miyyo Rizone

Pemuda Berwajah Anime Langsung Tidak Wujud - Wanita Ini Bongkarkan Penipuan Miyyo Rizone




Minggu lalu media sosial dikejutkan dengan penularan gambar-gambar seorang pemuda berwajah anime yang dikatakan telah melakukan pembedahan plastik hanya kerana ingin kelihatan seperti watak anime yang menjadikannya popular dalam sekelip mata.


Namun, seorang wanita telah membuat satu pendedahan yang amat mengejutkan menerusi laman Facebook miliknya apabila mendakwa pemuda watak anime terbabit adalah palsu dan tidak wujud.


Wanita terbabit yang dikenali sebagai Bella Barbie memberitahu bahawa pemuda itu Miyyo Rizone telah menggunakan beberapa jenis aplikasi untuk menyunting gambarnya bagi mencipta imej lelaki berwajah anime seperti yang disebarkan netizen sebelum ini.


Menurut laman MStar, Bella membongkarkan perkara tersebut kerana tidak mahu masyarakat akan terus terpedaya dengan gambar-gambar yang palsu berkenaan yang dikatakan telah disunting semula oleh pemuda anime terbabit iaitu Miyyo Rizone.


Bella Barbie juga turut mendedahkan nama sebenar Miyyo bukanlah Amirul Rizwan Musa seperti yang didedahkan kepada media tetapi nama sebenarnya adalah Muhammad Syahrizal Ikhwan Musa.


"Itu bukan dia, muka dia kalau depan-depan OMG (Oh My God). Lelaki anime tidak wujud! Kalau dia keluar orang tak kenal sebab memang muka tak sama.






Gambar Miyyo Rizone yang dimuat naik di Facebook miliknya dan tersebar.






Gambar terkini Miyyo yang telah dikongsikan Bella Barbie di Facebook.


Gambar di atas adalah gambar terkini Miyyo sewaktu keluar bersama Bella Barbie sebelum ini.

"Dia bukanlah tinggi atau memiliki 'jawline' (garis rahang yang tajam) dan kurus seperti dalam gambar di laman sosial, apatah lagi menjadi seorang model," jelas Bella.



"Saya ada gambar dia tanpa solekan, dia sunting semua gambar menggunakan applikasi Camera360 dan BeautyPlus. Saya tahu kerana dia selalu sunting gambar-gambarnya di sebelah saya," kata Bella Barbie yang turut mendakwa mengenali pemuda dari Ketereh, Kelantan itu.



Menurut Bella lagi, dia juga pernah mencuba menyunting gambarnya sendiri dengan menggunakan aplikasi berkenaan dan terkejut kerana mendapati wajahnya sendiri boleh berubah mirip seperti Miyyo.



"Dia bagi alasan tak nak tunjukkan muka di mana-mana media mungkin kerana takut wajahnya tak sama seperti di dalam gambar.
















Selain itu, Bella juga mengaku bahawa dia sendiri pernah menemani jejaka anime berkenaan ketika beliau ingin membuat pembedahan wajahnya dan turut menyatakan bahawa Miyyo telah menipu kos perbelanjaan sebenar pembedahan tersebut.



Berdasarkan pengalaman peribadi gadis berdarah campuran Siam itu, harga bagi satu pembedahan di Thailand hanyalah RM1,000.



Menurut Bella lagi, sepanjang pengetahuannya yang sering berulang alik ke negara Thailand, kos untuk pembedahan hidung serta dagu cuma bernilai RM1,000 setiap satu manakala bagi kos untuk menipiskan bibir hanya berjumlah RM600, katanya.



Memetik laporan MStar, Miyyo didapati tidak menjawab panggilan dan juga mesej melalui aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan tersebut.



Berkemungkinan, pada ketika ini lelaki berwajah anime ini telah tahu bahawa semua penipuannya terbongkar memandangkan Bella Barbie mengenalinya.





0 comments:

Post a Comment